Program Simpul Kasih Ramadan – Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf Rumah Amal Budi Bistari (Shah Alam)
Program Simpul Kasih Ramadan #Govicle dimeriahkan dengan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf Rumah Amal Budi Bistari yang berlangsung pada 25 April 2022. Kami warga #Govicle berbesar hati menyantuni anak-anak yatim dan asnaf Rumah Amal Budi Bistari di Ruang Event Shah Alam semalam. Rumah Amal Budi Bistari menempatkan 25 orang anak-anak asnaf dan 5 anak yatim yang kesemuanya berusia 7-12 tahun serta mempunyai pelbagai latar belakang.
Tujuan Majlis Simpul Kasih Ramadan Govicle diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan serta meraikan anak-anak Rumah Amal Budi Bistari.
Majlis diserikan dengan kehadiran CEO dan Founder Govicle Sdn Bhd Encik Muhamad Nasir Habizar serta keluarga #Govicle dan majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati dan sumbangan duit raya kepada anak-anak.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Islam, memberikannya makan dan minum, pasti Allah akan masukkan ke dalam syurga, kecuali dia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.“
Justeru, menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam dan ia satu daripada tuntutan Al-Quran yang adakalanya diambil mudah atau dilupakan oleh kita.
(Hadis Riwayat Tirmizi daripada Ibnu Abbas).