Penjagaan kereta ketika cuaca panas melanda di Malaysia. Apa yang anda harus tahu?

Suhu panas yang melanda di Malaysia bukan sahaja mempengaruhi kesihatan manusia tetapi boleh menjejaskan kondisi luar dan dalaman kereta itu sendiri. Adakah penjagaan kenderaan pada cuaca panas sebegini penting? semestinya, ya! Penjagaan kenderaan pada cuaca panas sangat penting agar kenderaan anda sentiasa dalam keadaan baik dan duit pun jimat duit mengelakkan kos ‘maintenance’ yang tersembunyi.

Kami kongsikan perkara yang perlu di ambil berat semasa cuaca panas. Take note ya!

1.Tayar kereta

Perubahan suhu boleh menyebabkan tekanan udara dalam tayar akan berubah mengikut cuaca sejuk atau panas. Mengikut MetMalaysia, Malaysia dijangkakan mengalami suhu panas yang melampau di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Jadi sila berhati-hati dan sentiasa minum air masak dengan secukupnya ya. Untuk maklumat anda, molekul udara berkembang apabila suhu persekitaran tinggi. Sebaliknya, ia akan mengecut. Secara tidak langsung, ia meningkatkan tekanan angin tayar pada waktu siang hari yang lebih panas dan mengurangkannya pada waktu malam yang lebih sejuk.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa tekanan angin tayar kereta setiap kali memulakan perjalanan bagi tujuan keselamatan. Setidak-tidaknya, anda boleh mengelakkan kemungkinan berlakunya perkara yang tidak diingani semasa dalam pemanduan.

2.Bateri kereta

Suhu terlalu panas juga boleh mengakibatkan, bateri kereta boleh mati dan juga rosak. Bukan itu sahaja, komponen kereta lain juga mungkin tidak dapat berfungsi.
Haba panas boleh menyebabkan larutan cecair elektrolit dalam bateri tersejat. Ini boleh mendedahkan plat plumbum bateri kereta dan menyebabkan hakisan dalaman, mengehadkan atau mengurangkan keupayaan bateri untuk menahan cas dan menghasilkan kuasa yang tidak mencukupi untuk menghidupkan enjin.

3.Dalaman kereta

  • Tempat duduk kereta
Tempat duduk dan kabin kenderaan sering diberikan pilihan balutan kulit untuk tampak lebih mahal, kemas dan cantik. Tapi, cantik tidak bermaksud tahan lama. Mahal tidak bermaksud berkualiti tinggi.  Bukan itu sahaja, tempat duduk kemasan kulit akan mudah panas jika terdedah di bawah sinaran  matahari dalam jangka masa yang singkat atau lama dan akan mula merekah jika kurang penjagaan dan terdedah pada sinaran UV yang lama.
  • Stereng kereta.
Bagi memastikan stereng kenderaan anda sentiasa dalam keadaan baik untuk jangka masa yang panjang, anda perlulah menghadkan parkir di kawasan tidak berbumbung.

4.Pengelap cermin hadapan (wiper)

Bahagian kereta yang diperbuat daripada getah akan cepat keras seperti getah pengelap cermin (wiper) jika kereta sentiasa parkir di bawah matahari terutamanya anda yang bekerja pejabat terpaksa parkir kereta di kawasan parkir terbuka. pastikan pengelap cermin diangkat untuk tahan lebih lama.

5.Jangan tinggalkan anak dalam kereta

Cuaca panas melampau hari ini membuatkan ramai yang mengeluh. cuaca panas ketika ini boleh menyebabkan strok haba berlaku hanya dalam tempoh yang singkat kepada kanak-kanak. fenomena cuaca panas yang sedang di alami di Malaysia sekarang ini boleh mengundang kepada implikasi kesihatan buruk malah boleh membawa maut.

6.Jangan tinggalkan botol air minuman plastik

Menjadi kebiasan kita semua di Malaysia untuk menyimpan botol air terutamnya botol air mineral atau botol minuman plastic di dalam kereta. ini kerana, Malaysia mengalami suhu panas sepanjang tahun dan menyebabkan badan mudah terhidrasi semasa cuaca panas dan memerlukan air untuk menghilangkan rasa haus dahaga. Botol mineral jika terbiar lama sangat bahaya untuk kesihatan tubuh badan manusia.
Haba panas menyebabkan toksin atau racun pada plastik bocor dan bercampur dengan air.  Air yang terdedah pada matahari sememangnya tidak elok diminum kerana keberangkalian boleh bertukar menjadi racun.

Govicle

Untuk keselesaan anda semasa dalam perjalanan, muat turun aplikasi Govicle. pelbagai ciri menarik khas kepada pemandu-pemandu di Malaysia. Aplikasi Govicle tidak terhad pada pengurusan kenderaan tetapi Govicle juga boleh memperbaharui insurans secara terus dengan hanya menggunakan telefon pintar di mana-mana saja pada bila-bila masa, mengesan kedai cuci kereta berdekatan anda dan lain-lain lagi.

Get the latest news & updates

subscribe to our newsletter

recent posts