Berita baik buat warga Shah Alam, Kuala Selangor, Selayang dan Subang Jaya!
JomParking menggantikan pembayaran secara manual seperti kertas kupon dan mesin syiling di kawasan-kawasan Shah Alam, Selayang, Kuala Selangor dan Subang Jaya. Menariknya, pengguna tidak perlu lagi memaparkan deretan kertas kupon di atas ‘dashboard’ kereta jika tempoh masa parkir melebihi daripada 1 jam dengan aplikasi JomParking.
Selain itu, aplikasi JomParking juga akan menghantar notifikasi ‘Reminder’ jika pengguna menghampiri 15 minit tempoh parkir tamat tempoh. JomParking menyokong pembayaran secara ‘online’ melalui kad kredit/debit, aplikasi Boost dan GrabPay untuk tambah nilai token ke dalam akaun pengguna.
Penggunaan aplikasi JomParking dan e-wallet ini bertujuan untuk pengguna membuat bayaran dan menikmati perkhidmatan Tempat Letak Kereta (TLK) dengan lebih mudah, pantas dan selamat.
Kepada pengguna baru aplikasi JomParking, masukkan kod ‘JPFREE’ untuk mendapatkan 200 token percuma.
Muat turun aplikasi JomParking dalam telefon pintar anda sekarang!