Pas Bulanan Kupon Digital GoPayy kini di MPKJ, MBSA, MPS, MBS (Nilai)

Untuk makluman, kini Pas Bulanan GoPayy boleh didapati di ejen GoPayy yang berdaftar dan sah di kawasan:
-Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
-Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
-Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
-Majlis Bandaraya Seremban (Nilai)

Pengguna hanya perlu memberikan nombor pendaftaran kenderaan kepada ejen dan tidak perlu menggores banyak kupon dalam satu-satu masa, segalanya hanya dengan satu sistem.

PAS BULANAN vs CAJ HARIAN?

Pas Bulanan GoPayy dapat menjimatkan masa dan kos, lebih efektif dan mudah untuk kegunaan setiap hari dalam tempoh satu bulan dalam kawasan yang sama. Ini akan menjimatkan masa dan tenaga pengguna dari berpatah semula ke kenderaan untuk perbaharui tempoh caj tempat letak kereta.

Caj harian, pengguna perlu membuat pembayaran caj tempat letak kereta pada setiap hari.

Kepada pengguna yang belum lagi mengenali GoPayy, ialah kupon digital menggantikan kertas kupon, khas untuk individu yang kurang mahir dan tidak memiliki telefon pintar.

Dengan GoPayy, pengguna tidak perlu lagi pamerkan kertas kupon dan meletakkan diatas ‘dashboard pemandu’. Resit pembayaran akan diberikan hanya tujuan rekod pengguna. Maklumat pembayaran akan direkodkan secara terus ke dalam sistem.

Author

Syahirah

Date Posted

December 28, 2022

Share This:

Get the latest news & updates

subscribe to our newsletter

recent posts