Tips Perjalanan Jauh dari Govicle

Hampir 2 tahun, tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta akibat pandemik Covid-19, pasti ramai merindui kenangan menjamu lemang, ketupat dan rendang di pagi raya, bersama ibu bapa dan keluarga tercinta di kampung halaman. Suasana riuh rendah menyiapkan persiapan hari raya bersama adik-beradik seperti menukar langsir, memasang lampu lip lap di perkarangan rumah ataupun sedang sibuk melakukan persiapan terakhir menyiapkan juadah Hari Raya untuk dijamu kepada tetamu yang datang.

Pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari bahagia bersama keluarga tercinta. Pagi raya bersama ibu bapa adalah makna sebenar-benar Hari Raya Aidilfitri bagi setiap yang meraikan.

Tapi, sebelum pulang ke kampung jangan lupa untuk pastikan keadaan kenderaan anda adalah baik dan selamat supaya perjalanan anda nanti terasa lebih lancar dan selamat.

Ikuti 6 langkah berikut sebelum memulakan perjalanan balik kampung anda:

  1. Lakukan pemeriksaan lengkap kenderaan anda

    Pertama, lakukan pemeriksaan penuh atau buat tempahan temujanji awal di bengkel yang berhampiran yang anda percayai. Pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Sebelum balik, pastikan:

    • lampu utama
    • lampu brek
    • lampu isyarat berfungsi dengan baik.

    Kedua, periksa dan pastikan tayar simpanan di bonet belakang dalam keadaan baik dan pastikan anda memiliki:

    • air bateri
    • minyak enjin
    • peti pertolongan cemas
    • pemadam api bersaiz kecil
  1. Rancang perjalanan anda

    Aturkan perjalanan anda sama ada ingin memulakan perjalanan pada waktu pagi atau malam.

    Sekiranya terperangkap dengan kesesakan yang panjang dan berasa letih, segera lah berhenti di mana-mana Kawasan Rehat dan Rawat (R&R)yang berhampiran untuk berehat sebentar. Meneruskan perjalanan dalam keadaan letih boleh mendatangkan bahaya kepada anda dan pengguna jalan raya yang lain.

  1. Mendapatkan rehat yang cukup

    Rehat yang mencukupi adalah amat penting bagi memastikan anda tidak mengalami keletihan dan juga mengantuk dalam pemanduan anda.
    Ia juga dapat mengelakkan pemandu daripada menghadapi gejala ‘microsleep’ yang boleh terjadi dalam sekelip mata sahaja. ‘Microsleep’ adalah dimana individu mengalami keadaan otaknya tidur tetapi sensori seperti mata, tangan dan kaki masih aktif.

    Perkara ini. boleh berlaku dalam tempoh masa sesaat dan impaknya besar dimana boleh mengakibatkan kemalangan nyawa sekiranya pemandu memandu dalam keadaan yang laju.

    Nampak ringan tapi mampu membunuh. Berhentilah di hentian R&R dan dapatkan rehat yang mencukupi, dan teruskan perjalanan semula.

  1. GPS, Waze atau Google Maps

    Penggunaan aplikasi ini mampu memberikan laluan alternatif sekiranya jalan yang biasa anda lalui mengalami kesesakan ataupun kerosakan. Selain daripada itu, aplikasi ini membolehkan pengguna:

    • mendapatkan maklumat aktiviti di jalan raya
    • keadaan cuaca
    • maklumat trafik

    Ini sekaligus memudahkan pemandu untuk merancang dan mengatur perjalanan yang lebih selamat dan teratur.

  1. Setkan nombor kecemasan di telefon anda

    ebelum anda ingin melakukan perjalanan yang jauh untuk pulang ke kampung halaman, pastikan anda setkan beberapa nombor penting di telefon anda seperti nombor telefon ahli keluarga terdekat, balai polis berhampiran dan juga mekanik yang anda percayai.

    Cegah sebelum terlambat.

  1. Muat turun aplikasi Govicle di Google Store, App PlayStore, dan Huawei AppGallery

    Pasti ramai rakyat Malaysia masih belum memuat turun aplikasi Govicle. Betul tak? Aplikasi Govicle menawarkan pelbagai ciri-ciri yang amat penting kepada pemandu di Malaysia terutamnya bagi golongan Wanita.

    Semasa dalam perjalanan terutama sekali di lebuh raya, apa yang paling merisaukan pemandu adalah apabila kenderaan mereka mengalami kerosakan, tak kiralah kerosakan kecil seperti tayar pancit, minyak kereta habis, enjin kereta terlampau panas sehinggalah melibatkan kerosakan enjin yang teruk.

    Dengan menggunakan aplikasi Govicle, anda boleh dapatkan:

  1. Bantuan Tepi Jalan
  2. Sekiranya berlaku kereta breakdown tengah jalan, pasti anda kusut fikir nak dapatkan bantuan terutamanya trak tunda. Dengan aplikasi Govicle, anda tak perlu panik, ikuti langkah mudah dibawah:
    1. Nyalakan lampu kecemasan
    2. Buka aplikasi Govicle anda
    3. Nyatakan ‘Lokasi Saya’
    4. Klik ‘Seterusnya’
    5. Pilih kes kecemasan anda
    6. ‘swipe right’ untuk mengaktifkan Kecemasan ‘SOS’

    Bantuan Tepi Jalan Perkhidmatan kereta tunda

    1. Nyatakan ‘Destinasi Tunda’ anda
    2. Nyatakan ‘No kenderaan’
    3. Klik ‘Nota’ sebagai maklumat tambahan berkaitan bantuan yang anda perlukan
    4. ‘Swipe right’ untuk mengaktifkan Kecemasan ‘SOS’

    Lain-lain Perkhidmatan yang terdapat dalam aplikasi Govicle adalah seperti:

    • Battery
    • Tayar kereta
    • Minyak
    • ‘Lockout’ service
  1. Kini segalanya di hujung jari. Anda tidak perlu lagi risau jika berlaku sebarang kes kecemasan seperti bateri, tayar pancit, kunci kereta dan penghantaran bahan api kenderaan anda. Kami akan memastikan anda dilindungi 24 jam sehari 7 hari seminggu.

    Pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang.

App Store
Playstore
AppGallery
post contents
Author

afiqfaiz

Date Posted

April 15, 2022

Share This:

Get the latest news & updates

subscribe to our newsletter

recent posts