GoPayy: Sistem Kupon Digital akan berkuatkuasa secara rasmi di 4 daerah di Selangor mulai 1 April 2022

Dalam transformasi digital, pengguna menikmati lebih banyak pilihan dan kemudahan hanya di hujung jari termasuklah sistem pembayaran. Pembayaran parkir kini lebih mudah, selamat dan menjimatkan masa dengan kaedah pembayaran secara digital yang menggantikan sistem konvensional yang menggunakan mesin wang, sistem kupon gores dan tiket kepada kaedah kupon digital yang dikenali sebagai GoPayy.

Gopay yang telah mula diperkenalkan di Majlis Perbandaran Sepang (MPS) pada tahun 2021, kini 4 PBT lain juga turut mengikut langkah MPS untuk menggunakan sistem kupon digital GoPayy ini yang akan berkuatkuasa mulai 1 April 2022:

  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Perbandaran Selayang
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Sistem GoPayy memudahkan orang ramai untuk membayar caj tempat letak kenderaan khususnya kepada pengguna yang tidak memiliki telefon pintar, terutamanya warga emas. Bagi membantu dan memudahkan pengguna, terdapat beberapa premis perniagaan yang dilantik menjadi ejen kupon digital GoPayy di setiap kawasan majlis untuk kemudahan pembayaran tempat letak kenderaan.

Pengguna hanya perlu nyatakan nombor pendaftaran kenderaan dan tempoh letak kenderaan kepada wakil ejen dan membuat bayaran serta mendapatkan resit pembayaran.

Kelebihan GoPayy kepada pengguna:

  • Sistem bayaran tanpa telefon pintar
  • Tidak perlu papar tiket parkir di dashboard kenderaan
  • Tidak perlu melanggan perbankan internet
  • Bayaran secara tunai dengan mudah dan pantas

Pengguna boleh memilih untuk membuat pembayaran tempoh letak kereta secara perjam atau bulanan.
Untuk kegunaan masa hadapan, sistem GoPayy akan menaik taraf dengan mempelbagaikan ciri-ciri seperti:

  • Pembayaran dan Semakan kompaun
  • Pembayaran cukai
  • Pembayaran bil-bil semasa
  • Pembayaran sewa-beli premis
post contents
Author

afiqfaiz

Date Posted

April 1, 2022

Share This:

Get the latest news & updates

subscribe to our newsletter

recent posts