Penggunaan Aplikasi JomParking di ‘Zon parkir 2 jam’ di Kawasan Komersial MBSJ.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) akan melaksanakan zon khas letak kereta dua jam yang dipanggil “Zon 2 Jam” bermula 1 Jun 2022.

Datuk Bandar MBSJ Johary Anuar berkata, MBSJ akan melaksanakannya di kawasan komersial terpilih di Subang Jaya dan Puchong.

Zon letak kereta khas yang sedang dalam pertimbangan termasuklah :

  • USJ 9
  • USJ 10
  • SS19
  • Bandar Puteri Puchong
  • Bandar Sunway

Kadar bayaran tempat letak kereta bagi zon ini adalah sebanyak 60sen (RM0.60) untuk setengah jam atau RM1.20 bagi tempoh sejam.

“Kami menyasarkan untuk menyediakan kemudahan parkir kepada pengunjung ke kawasan itu daripada didominasi oleh mereka yang bekerja di sana,” katanya.

Beliau berkata kenderaan persendirian dan komersial hanya boleh meletakkan kenderaan untuk maksimum selama dua jam di tempat-tempat tersebut. Selepas mencapai had dua jam, mereka dikehendaki untuk mengosongkan tempat letak kenderaan tersebut

MBSJ juga sedang berusaha untuk melaksanakan zon letak kereta khas di jalan dan kawasan lain.

“Kami akan memperkenalkan sistem untuk memantau kenderaan yang diletakkan di zon ini dan boleh memaklumkan kepada pegawai penguatkuasa jika ada yang meletak kenderaan lebih dari masa yang dibenarkan,” katanya.

Sistem tempat letak kereta awam MBSJ juga ditetapkan untuk beralih kepada kaedah pembayaran dalam talian sepenuhnya dalam bentuk aplikasi mudah alih dan kupon digital mulai 1 April.

Johary mengesahkan bahawa penggunaan kupon gores dan kaedah bayar tempat letak kereta melalui mesin dan papar akan ditamatkan pada 31 Mac 2022.

Jurucakap perbendaharaan majlis (bahagian tempat letak kereta) berkata Jom Parking adalah salah satu aplikasi bayaran letak kereta yang digunakan di kawasan tersebut.

post contents
Author

afiqfaiz

Date Posted

March 23, 2022

Share This:

Get the latest news & updates

subscribe to our newsletter

recent posts